Saturday, April 17, 2010

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK DAN KHASIAT NUTRISI PEMAKANAN


Kepentingan Susu terhadap kanak-kanak

Kanak-kanak memerlukan susu sejak dari usia yang kecil lagi. Susu mempunyai khasiat nutrisi yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak anak-anak. Kalsium merupakan mineral yang paling penting yang diperoleh daripada susu. Kalsium adalah merupakan antara sumber yang penting untuk kanak-kanak dan paling mudah diserap kedalam badan mereka. Kalsium diperlukan untuk pembesaran serta menguatkan tulang dan gigi.

Selain daripada susu, kalsium juga boleh diperolehi daripada sumber lain seperti ikan (sardin, ikan bilis), keju, yogurt, tauhu, kekacang dan sayuran hijau. Ibu bapa perlu mempelbagaikan jenis makanan bagi memastikan anak mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Kajian menunjukkan setiap makanan mempunyai khasiat nutrisi yang berbeza. Tiada sejenis makanan yang mempunyai kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan untuk aktiviti harian.

Selain kalsium, susu juga mengandungi mineral dan vitamin lain seperti vitamin A, vitamin B, (Riboflavin, Niacin, B6 dan B12), vitamin C, Zink, Fosforus dan Magnesium. Selain itu, susu juga mempunyai protein yang diperlukan badan untuk membina, memelihara dan membaiki tisu yang rosak. Protein juga diperlukan untuk membina sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen ke seluruh anggota badan kita.

Di dalam badan kita, protein dipecahkan kepada komponen yang ringkas, dikenali sebagai asid amino. Terdapat 22 jenis asid amino yang penting untuk kesihatan manusia. Daripada 22 jenis asid amino ini, sebanyak 13 asid amino adalah dihasilkan oleh badan kita, sementara 9 jenis asid amino adalah diperlukan daripada makanan yang kaya protein. Protein di dalam susu merupakan sejenis protein yang kompleks. Ini kerana protein ini mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Kita memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti dan karbohidrat membantu kita untuk memperoleh tenaga yang diperlukan, Karbohidrat di dalam susu merupakan komponen yang ringkas dan mudah untuk dihadam oleh badan manusia.

Lemak adalah komponen penting dalam keperluan diet yang sihat. Kanak-kanak memerlukan kuantiti tertentu untuk membantu dalam perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Selain daripada itu, lemak juga membantu dalam menyerap sesetengah vitamin seperti vitamin B dan C. Lemak juga merupakan komponen utama bagi hormon, menyelaputi sistem saraf di dalam badan kita.

Ketika kanak-kanak membesar, otak mereka juga akan berkembang dengan cepat. Sel-sel otak adalah terdiri daripada lemak perlu. Di pasaran sekarang, kebanyakkan susu mengandungi Omega 3 dan 6 yang membantu dalam perkembangan otak anak kita. Dengan perkembangan otak yang baik, sel-sel otak akan dapat berinteraksi dengan lebih cepat antara satu sama lain dan ini membantu dalam meningkatkan proses pembelajaran mereka. Susu yang penuh khasiat ini adalah mudah disediakan dan boleh di minum pada bila – bila masa. Oleh itu, anak-anak anda perlu digalakkan untuk meminum susu agar mendapat khasiat yang mereka perlukan.

Pemakanan kanak-kanak (2 hingga 6 tahun)

Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan

Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:

  • Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.
  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain
  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan
  • Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.
  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.

Pemakanan berpandukan piramid makanan

  • Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
    • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
    • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
    • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan
    • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia

Piramid Makanan Malaysia

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian

  • Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
  • Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
  • Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
  • Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
  • Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi
1/2 Capati
1 Cawan bubur
1 Biji sederhana kentang
Keping biskut - Krim Krakers masin

6*

8*

* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2: Buah dan sayur

  • Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
  • Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
  • Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran

2*

2*

Satu hidangan buah-buahan



1/2 Biji jambu sederhana
1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai

1*

1*

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Potong sederhana "peha ayam"
1 Ekor ikan kembong sederhana
2 Ketul daging saiz kotak mancis
5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala

Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis
= 1 Biji telur sederhana
= 1 Keping tempe
= 1 Keping tauhu
= 2 sudu makan mentega kacang
= 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan
= 4 Ekor udang bersaiz kecil

2*

2*

Satu hidangan hasil tenusu



1 Gelas susu
1 Cawan dadih
1 Keping Keju

2 - 3 *

3 *

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

  • Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.

Menggalakkan anak untuk makan
Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:

  • Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
  • Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
  • Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik..
  • Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
  • Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda
  • Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  • Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang
  • Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
  • Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
  • Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
  • Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
  • Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
  • Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.
  • Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich
  • Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.


ISU TINGKAHLAKU BERMASALAH KANAK-KANAK



PENGENALAN

Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.

Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyababkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.

Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.


PRINSIP ASAS DISIPLIN

Bagi melaksanakan disiplin yang baik dan berkesan, setiap sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip berikut:

• Keadilan dan layanan yang sama rata.
• Pertimbangan minat dan keperluan murid.
• Kebebasan yang berdasarkan undang-undang.
• Amalan menghormati seseorang individu.
• Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan berharmonis.
• Perpaduan masyarakat dan negara.

Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu.

Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Esei ini akan cuba menerangkan jenis-jenis tingkah laku bermasalah dengan memberi contoh keadaan yang bersesuaian. Perbincangan terhadap teknik mengenal pasti atau metodologi mengenal pasti serta strategi untuk memodifikasi tingkah laku tersebut di sebuah sekolah yang dikaji akan di tunjukkan.

ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH

Sudah menjadi lumrah duniawi setiap menusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan sehingga ke peringkat matang. Perkembangan manusia merujuk perubahan dari aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Hampir semua perkembangan tersebut berkaitan dengan faktor baka dan persekitaran. Berikut adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sebuah sekolah yang terlatak di sebuah bandaraya yang terkenal.
Sekolah ini mempunyai kelas untuk murid masalah pembelajaran (PKBP) di dapati terdapat pelbagai tingkah laku di kalangan murid di sekolah tersebut. Walaupun secara puratanya tingkah laku normal murid-murid adalah lebih ketara di sekolah tersebut, namun tingkah laku bermasalah juga wujud sehingga menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan teratur. Supaya lebih mudah difahami, saya akan menerangkan dahulu tingkah laku bermasalah dan kemudian akan menerangkannya di dalam perenggan tersebut beserta contoh agar dapat memahami dengan baik.

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam pengenalan, tingkah laku bermasalah diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu tingkah laku bermasalah positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang berlaku di sekolah, murid A yang berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan murid A itu suka bertanya tidak pututs - putus sehingga mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku . Begitu juga perilaku proaktif akan menyebabkan murid lain yang sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran dan memerlukan kosentrasi serta suasana yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid A.

Selain itu, tingkah laku bermasalah positif cepat belajar dan pintar cerdas juga akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses pembelajaran yang sedang berlangsung. Pemerhatian yang dapat dilihat ialah, apabila berlaku perlakuan murid seperti ini akan menyebabkan gangguan emosi bukan sahaja kepada murid dalam kelas itu sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang dapat dilihat ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan perkara yang mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar.

Dalam pada itu, tindak-tanduk pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga menyebabkan guru tidak selesa untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya guru tersebut kurang bijak mengawal murid-murid dan tidak tegas dalam mengawal murid-murid. Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid yang hiperaktif positif, ini apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya dengan lebih awal.

Murid pintar cerdas ini, bukan sahaja ada di sekolah aliran perdana namun ianya juga ada di aliran PKBP. Walaupun majoriti murid PKBP adalah murid yang berkeperluan khas namun ada sebahagian daripada murid-murid ini yang pintar cerdas. Pertanyaan, mengganggu,dan menjawab soalan sering berlaku sehingga menganggu proses pembelajaran dan pengajaran seperti aliran perdana. Murid yang menjadi pintar cerdas ini adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan murid PKBP ini merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan.

Murid-murid ini bersifat demikian adalah kerana inginkan perhatian yang lebih daripada guru yang mengajar, malah murid ini juga cuba mengganggu rakan mereka dan menyebabkan rakan terasa terpinggir dan malu untuk menonjolkan diri ketika di dalam kelas.

Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. Di sekolah yang saya melakukan PBS terdapat juga berlaku pergaduhan kecil semasa mereka. Walaupun, dilihat sebagai pergaduhan kecil yang melibatkan kanak-kanak namun ianya akan memberi kesan yang buruk kelak.
Tingkah laku masalah ini dicatit di dalam buku disiplin sekolah . Tindakan akan diambil adalah berbentuk amaran untuk pertama kali dan kedua kali dilakukan. Apabila ianya kerab dilakukan maka murid itu akan diambil tindakan berjumpa dengan waris sebelum sekolah mengambil tindakan susulan. Terdapat buku peraturan sekolah dan tindakan yang akan diambil termasuk merotan mengikut undang-undang yang ditetapkan sekolah dengan perserujuan ibubapa dan Jabatan Pendidikan.

Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Boleh dikatakan kebanyakkan mereka akan membuat bising sama ada ketiadaan guru atau sebaliknya. Mereka akan bercakap sesama mereka, menjerit, mengganggu rakan sekelas dan sebagainya. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru menghadirkan diri ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang minat untuk mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti pendidikan jasmani. Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Teori ini telah diperkenalkan oleh Bandura yang menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Jenis-jenis tingkah laku desruptif termasuk hiperaktif, terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak. Biasanya, tingkah laku ini dialami oleh pelajar lelaki berusia 10 hingga 11 tahun. Selalunya tingkah laku desruptif akan menjadi punca terjadinya tingkah laku destruktif jika emosi tidak terkawal dan melibatkan aspek balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya.

Pemerhatian yang telah dibuat dalam sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung, memang didapati masalah ini banyak berlaku terutamanya di kelas-kelas hujung dalam sesuatu darjah. Kebiasaannya golongan murid ini memang gemar mengganggu pelajar lain dengan membuat bising atau melakukan perlakuan agresif dari segi perilaku dan lisan terutamanya apabila mereka tidak dapat memahami sesuatu tugasan yang diberi.

Murid yang tingkahlaku bermasalah hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu murid lain. Malah murid ini juga boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid yang lain .Sebagai contoh yang berlaku di sekolah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Murid aliran perdana juga ada yang hiperaktif seperti ini. Murid ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain.

Murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika dirumah ataupun kurang perhatian ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Bagi murid PKBP pula, Murid ini dikenali sebagai ‘Hiperaktf-impulsf’ kerana bagi muird keperluan khas jenias ini , petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

Terdapat beberapa kaedah dalam mengatasi, membendung dan mengurangkan tingkahlaku bermasalah ini daripada semakin berleluasa. Antaranya adalah dengan menggunakan kaedah memenuhi kehendak pelajar seperti memahanmi keperluan pelajar tersebut. Apabila kehendaknya dituruti barulah lama kelamaan murid tersebut dapat memberi perhatian dalam kelas. Kaedah ini juga boleh dilaksanakan kepada murid keperluan khas Cuma pendekatannya sahaja yang berbeza berbeza. Contohnya bagi murid keperluan khas guru harus mengikut aktiviti pelajar itu seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran harus ada umpamanya berlari sambil mengira. Ini boleh menimbulkan minat untuk murid itu belajar.

Dalam pada itu tingkah laku negatif juga menyebabkan tingkah laku menghalang seperti pergantungan berlebihan, kebimbangan, pengunduran dan pengasingan diri. Tingkah laku pergantungan berlebihan ini kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Namun, ianya juga mungkin akan berlarutan hingga remaja. Pada suatu ketika, apabila orang yang diharapkan tiada, individu ini akan berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya. Individu sebegini juga merupakan individu yang pendiam, tidak aktif, rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Di antara punca berlaku tingkah laku pergantungan berlebihan ialah akibat ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

Kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau ‘phobia’ menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-kanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah laku kebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dan nilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi suatu keadaan yang baru, menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal dan kehilangan tempat bergantung.

Pengunduran diri merupakan penarikan diri daripada suatu situasi kurang selamat atau mengancam. Tingkah laku ini merupakan mekanisme helah bela diri. Pada kebiasaannya, ianya berkaitan dengan pengalaman pahit pada
masa lampau. Kanak-kanak yang pernah gagal dalam sesuatu usaha akan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang tugas yang ada kaitannya dengan pengalaman awalnya. Tingkah laku pengunduran diri ini jika dibiarkan akan menyebabkan pembentukan konsep diri yang rendah, tidak yakin untuk berinteraksi, dan terjejasnya perkembangan sosial, emosi dan intelek; serta kurang berupaya untuk menyelesaikan masalah. Masalah pengunduran diri juga menyebabkan kanak-kanak menyimpan perasaan dalam hati dan tidak mampu meluahkannya. Ini akan mempengaruhi pemikiran dan pembentukan personaliti mereka. Sekiranya ianya terluah pada sesuatu ketika, ianya akan memungkinkan mereka melepaskan dengan tanpa kawalan emosi termasuk kemungkinan-kemungkinan lain yang membahayakan diri mereka sendiri.

Pengasingan diri merupakan tingkah laku yang cuba menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga merupakan sejenis mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.Masalah ini turut berlaku di sekolah yang saya menjalaini PBS. Sesetengah murid enggan melibatkan diri dalam aktiviti atau sesi perbincangan yang diadakan di sesebuah bilik darjah apabila murid merasakan dirinya tidak dapat mengikuti pembelajaran. Akhirnya ianya akan menyebabkan murid-murid tidak mempunyai keyakinan diri, rendah diri, pemalu, pendiam, tidak suka berkawan, tidak yakin berinteraksi dan personaliti yang tidak seimbang.

Pengasingan diri atau degan kata lain bagi murid berkeperluan khas PKBP adalah Autisme. Autisme merupakan murid-murid yang berada dalam dunianya sendiri. 1943 Leo Kanner mengunakan istilah autistic yang bermakna ‘lari dari reality’ untuk menjelaskan keadaan ini, Leo Kenner membezakan autisme dalam tiga perkara iaitu mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil,terlalu sayang kepada sesuatu objek tertentu dan keinginan yang kuat untuk bersendirian.

Bagi mengatasi masalah tingkah laku ini,…guru seharusnya mengabil tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut Cuma sekejap sahaja kerana murid ini cepat bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid aliran perdana Guru seharusnya membincang dengan ibu bapa murid kerana ini berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya mengajar apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap murid ketika belajar.

Daripada huraian yang telah dijelaskan berkenaan tingkah laku bermasalah negatif ini, pemerhatian yang telah dibuat mendapati murid yang mengalami simptom ini pada kebiasaanya memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Mereka juga lemah dan lambat untuk memahami setiap pelajaran yang disampaikan oleh guru serta tidak mampu menyelesaikan tugasan atau aktiviti yang diberikan guru dengan sempurna. Dalam pada itu, golongan yang pasif ini juga seringkali menjadi mangsa buli dan ditindas oleh pelajar lain kerana kekurangan yang ada dalam diri mereka. Langkah mengatasi yang telah dijalankan oleh guru untuk mengelakkan masalah ini daripada menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah dengan mengasingkan pelajar ini dan menghimpunkan mereka dalam satu kelompok yang digelar sebagai pelajar pemulihan.


RUMUSAN

Masalah tinglkahlaku bermasalah ini merupaka perkara yang perlu di beri perhatian yang serius kerana bermula dengan permasalahan yang kecil sebegini jika ianya berterusan akan menjadikannya satu kebiasaan. Kemudian ianya akan dibawa hingga ke peringkat dewasa dan masalah ini tidak dapat di ubah lagi.

Setiap perlakuan atau perbuatan yang terzahir adalah oleh murid-murid adalah disebabkan faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi perbuatan tersebut. Namun setiap perbuatan ini mempunyai kesan-kesan tertentu yang mana kesannya adalah kepada murid itu sendiri tetapi juga memberi kesan kepada orang lain. Oleh itu cara-cara untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini hendaklah bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah tersebut. Cara-cara mengatasinya adalah berbeza bergantung kepada masalah-masalah yang dihadapi.


Terdapat pelbagai teknik-teknik dan penyelesaian yang berkesan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Teknik-teknik modifikasi yang boleh dipraktikkan ini adalah untuk membantu murid mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Apabila tingkah laku positif dapat dibentuk, maka ini akan meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran.

Dalam usaha menangani masalah ini, semua pihak harus melibatkan diri samada ibu bapa, guru, masyarakat dan juga pihak kerajaan. Usaha bersama akan membuahkan hasil yang tidak akan mengecewakan semua pihak serta dapat melahirkan murid yang berkaliber serta berwawasan selaras dengan wawasan Negara ke arah masyarakat yang berpengetahuan.

Friday, April 16, 2010

KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN




FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembanng potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF

Pendidikan prasekolah membolehkan murid:
1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang
patriotik.
2. Menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi.
3. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang
menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
4. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa
kedua.
5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan
yang baik.
10. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

MODUL KONSEPTUAL KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH

Kurikulum prasekolah berasaskan empat prinsip iaitu :
i. Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu - memberi fokus kepada penyuburandari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi murid hendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki:

* Kepercayaan kepada Tuhan
* Ilmu pengetahuan
* Kemahiran asas
* Akhlak mulia
* Emosi yang stabil
* kesihatan dan kecerdasan

ii. Pembelajaran yang menggembirakan - memberi penekanan kepada minat dan semangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cinta akan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.

iii. Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian . Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.

iv. Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk memperolehan dan pemindahan pengetahuan , nilai murni dan kemahiran . Pengalaman pendidikan prasekolah yang mengembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri sesorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.

Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu . Komponen tersebut adalah seperti beriku:

* Bahasa dan Komunikasi
* Perkembangan Kognitif
* Kerohanian dan Moral
* Perkembangan Sosioemosi
* Perkembangan Fizikal dan
* Kreativiti dan Estetika

Penekanan diberi kepada bahasa yang merentas semua komponen kerana penguasaan bahasa penting dalam proses pembelajaran . Penguasaan kemahiran bahasa boleh diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penguasaan kemahiran bahasa akan membantu murid berfikir, memahami sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara lisan.

Pelaksanaan kurikulum adalah secara bersepadu yang dirancang melalui Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan kanak-kanak (ABP)

ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid.

Pendekatan kurikulum berfokus kepada hasil pembelajaran (outcome-based learning) iaitu memberi penekanan kepada apa yang murid perlu tahu, faham dan buat serta amalkan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada apa yang harus diperoleh dan dicapai oleh murid.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu, murid dapat menguasai dan memperoleh ciri-ciri berikut:

* Kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
* Kemahiran berfikir
* Berakhlak mulia dan beretika
* Berkeyakinan dan berdisiplin
* Sihat dan cergas dan
* imaginatif, kreatif dan ekspresif.

Sunday, April 11, 2010

PERANAN DAN FUNGSI PENDIDIKAN PRASEKOLAH




Pendidikan prasekolah mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri sebagai asas pendidikan dalam perkembangan pendidikan di negara ini kerana pendidikan prasekolah bukanlah sebahagian dari sistem persekolahan di Malaysia. Tidak ada peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk pendidikan prasekolah. Penglibatan Kementerian Pelajaran ialah setakat menyediakan buku panduan bagi kewujudan tadika-tadika . Sama ada ianya diikuti atau tidak terpulanglah kepada institusi pendidikan prasekolah tersebut. Walau bagaimanapun fungsi dan peranan pendidikan prasekolah tidak dapat dinafikan. Antara fungsi pendidikan prasekolah (Seminar Pendidikan UKM, Jun 1978)
• Pendidikan prasekolah akan memperkayakan lagi pengalaman kanak-kanak dari kelas sosio-ekonomi yang baik.
• Dengan adanya sistem pendidikan prasekolah ini dapat menolak dan mengenali kelemahan-kelemahan kanak-kanak sebelum memasuki darjah satu.
• Kewujudan sistem pendidikan prasekolah juga dapat memperbaiki lagi persediaan
pembelajaran yang sudah lengkap.
• Fungsinya yang lain ialah mencukupkan dan mengisikan persediaan pembelajaran yang tidak lengkap.
• Keseimbangan emosi- untuk menyemai sikap positif terhadap diri sendiri, kepercayaan terhadap orang lain dalam hidup kumpulan serta menambahkan keyakinan kepada keupayaan diri sendiri. Bagi membentuk kemahiran kanak-kanak dalam asas 3 M.
• Pertumbuhan estetika untuk menyemai kesedaran kanak-kanak terhadap keindahan alam sekitar dengan menikmati muzik, lagu dan lain-lain.
• Perkembangan dan pendidikan ketatanegaraan
• Dapat memperkembangkan pendidikan kerohanian dan moral
• Memberi pendidikan asas agama Islam untuk kanak-kanak Islam.
• Pendidikan prasekolah menyediakan kurikulum yang dapat memperkembangkan fizikal dan jasmani kanak-kanak, contohnya pusat pendidikan prasekolah dilengkapi dengan alat permainan untuk kanak-kanak bersenam dan untuk menggerakkan badan.
• Akhir sekali pendidikan prasekolah berperanan bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya mereka menjadi individu yang berguna kepada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan rukun negara.
Lazimnya fungsi pendidikan prasekolah di kaitkan dengan falsafah meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segala sudut perkembanganya (fizikal, emosi, sosial dan intelek untuk tadika swasta) serta perkembangan sudut rohani melalui penerapan nilai-nilai murni (selaras dengan tuntutan reformasi pendidikan). Fungsi pendidikan prasekolah menjelang tahun 2000 mungkin akan bertambah. Tadika akan menjalankan perkhidmatan bagi meningkatkan keperluan dalam: (Dewan Masyarakat, April 1996)
• Perkembangan menyeluruh kanak-kanak
• Kesediaan akademik untuk bersekolah
• Penjagaan kanak-kanak
• Perkembangan personaliti kanak-kanak
• Pendidikan keibubapaan
• Perkembangan kerohanian
• Perkembangan daya kreatif
Fungsi pendidikan prasekolah menjelang ke arah pertengahan tahun 2000 akan
menjadi lebih rumit daripada keadaan sekarang. Seharusnya pihak akademik yang merancang struktur pendidikan mengambil tindakan yang sewajarnya di dalam menyelaraskan peranan dan fungsi tadika sebenarnya terhadap bidang pendidikan.


KEPENTINGAN PENDIDIKAN AWAL (PRASEKOLAH)

Dalam memperkatakan pendidikan awal dari perspektif Islam, Al-Ghazali berpendapat: "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya". (Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Rousseau, seorang ahli falsafah Perancis yang ideanya sendiri banyak dipengaruhi oleh pemikir-pemikir Islam berpendapat, masa kanak-kanak di kalangan manusia adalah
lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluk lain seperti haiwan. Rousseau selanjutnya menjelaskan bagaimana kanak-kanak memerlukan perlindungan. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebut. Pendedahan kepada persekitaran yang sesuai akan mengajar mereka menjalani kehidupan dengan sempurna. Kanak-kanak tidak harus ditinggalkan sendirian dan dipengaruhi oleh gejala-gejala negatif yang membawa kepada kejahatan dan kejahilan (Hasan Langgulung, 1979:16).
Selanjutnya Rousseau menjelaskan: "Pentingnya masa kanak-kanak di mana peribadi kanak-kanak terbentuk dan pengaruhnya besar sekali pada kehidupan selanjutnya, yakni masa dewasa dan masa tua, hal-hal pertamalah yang patut dipelihara, sebab kanak-kanak pada asalnya diciptakan siap untuk menerima baik atau buruk. Hanya orang tuanyalah yang mencenderungkan kepada salah satu diantaranya"
(Rousseau, 1762. Dalam Hasan Langgulung, 1979)

Pendapat ini hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud bahawa, "Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (Ash-Shiddieqy, 1969)
Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak juga merupakan cubaan atau ujian kepada mereka. Allah menguji sama ada ibubapa dapat
melaksanakan amanah ini. Sekiranya amanah ini terlaksana ibubapa memperolehi ganjaran seperti ibadah. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar."(Surah al-Anfal:28)
Terdapat juga hadith yang bermaksud: "Apabila anak Adam meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya". Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius. Waktu ini disebut sebagai waktu kritikal. Perkembangan intelek, emosi dan jasmani kanak-kanak bergantung kepada sempurna atau tidaknya asuhan yang diperolehi terutama sekali dalam waktu kritikal. Jadi, untuk menyempurnakan tugas ibubapa, taman-taman asuhan perlulah mempunyai kurikulum yang seragam untuk membentuk insan yang cemerlang yang akan menjadi pemimpin unggul pada masa akan datang. (Pendidik dan Pendidikan, USM)

Wednesday, April 7, 2010

PENGENALAN PRASEKOLAH


Sistem Prasekolah menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Perkembangan sistem pendidikan prasekolah telah wujud sejak sekian lama di Malaysia. Kebanyakannya lebih menjurus kepada pendidikan agama yang di laksanakan secara tidak formal di kampung-kampung. Pengajian Al-Quran dan agama ini di ajar kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas oleh guru-guru agama. Selalunya kanak-kanak ini belajar mengaji Al Quran di rumah tok guru. Masa yang di tetapkan untuk mereka belajar mengaji Al Quran adalah mengikut kehendak tok guru. Kebiasaannya ia di lakukan pada waktu selepas asar atau pada waktu malam. Kanak-kanak ini di ajar membaca muqaddam dan Al Quran sehinggalah mereka boleh membaca Al-Quran dengan bacaan yang lancar dan betul. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan qatam Al Quran sebanyak tiga kali. Setelah qatam Al Quran, ahli keluarga kanak-kanak yang telah qatam Al Quran membuat kenduri pulut kuning sebagai tanda bahawa anak mereka telah tamat mengaji Al Quran dan sebagai ucapan terima kasih kepada tok guru yang telah mengajar mereka. Pendidikan agama yang di jalankan secara tidak formal ini masih lagi berlaku sekarang. Tetapi kebanyakan daripada keluarga kanak-kanak sekarang menghantar anak mereka kepada guru mengaji Al Quran yang di lantik di sesuatu kawasan atau sekolah agama. Biasanya mereka yang mengajar Al Quran ini di panggil ustaz dan ustazah. Kanak-kanak ini mengaji Al Quran seperti biasa dan hadiah kepada guru mengaji Al Quran ini adalah berupa pembayaran wang atau yuran setiap bulan.

Sistem pendidikan prasekolah secara tidak formal ini terus berkembang seiringan dengan tertubuhnya pusat-pusat asuhan kanak-kanak secara formal. Perkembangan pusat-pusat asuhan dan institusi prasekolah secara formal di Malaysia berkait rapat dengan faktor permintaan sosial, sama ada yang di akibatkan oleh desakan keperluan ekonomi ataupun perubahan nilai masyarakat yang di akibatkan oleh perbandaran dan permodenan. Pusat-pusat jagaan dan asuhan telah wujud bersama-sama dengan penubahan ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial Inggeris. Pusat-pusat ini ditubuhkan bagi menjaga anak-anak pekerja, yang kedua-dua ibu dan bapa bekerja bagi mencari nafkah. Akan tetapi pusat-pusat jagaan dan asuhan ini semata-mata memberi tumpuan terhadap penjagaan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak, hanya sedikit tumpuan diberikan kepada aspek keperluan pendidikan (educational needs). Perkembangan bandar berserta dengan kepelbagaian kegiatan ekonomi bagi tujuan pembangunan telah mendorong kepada komersialisasi pusat-pusat jagaan dan asuhan secara meluas. Pusat-pusat jagaan dan asuhan ditubuhkan oleh pihak swasta bagi menampung permintaan ibu bapa yang bekerja untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka. Pusat-pusat ini mengambil kanak-kanak dari umur beberapa bulan hingga 4 tahun atau 5 tahun.

Berbeza sedikit halnya daripada pusat jagaan dan asuhan, pendidikan prasekolah secara berinstitusi hanya bermula pada awal 1950-an. Prasekolah ketika itu adalah untuk kanak-kanak daripada golongan yang berada kerana yuran bagi perkhidmatan itu adalah tinggi atau di luar kemampuan golongan bawahan. Oleh itu, prasekolah bersifat elitis walaupun ‘pengajar’ (bukannya guru dalam erti kata sebenar) tidak mendapat latihan profesional mengenai pendidikan awal kanak-kanak. Di pusat-pusat prasekolah berkenaan, kurikulum prasekolah bersifat tradisional, iaitu menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran asas 3M bagi membolehkan mereka dianggap superior dan mempunyai kelebihan daripada kanak-kanak lain. Penubuhan pusat-pusat prasekolah bertambah meluas dalam tahun-tahun 1960-an sejajar dengan perkembangan bandar-bandar utama, khususnya di negeri-negeri yang maju. (Azizah bt. Lebai Nordin, Fakulti Pendidikan UM).

Ketidakseimbangan penyertaan dalam prasekolah serta kepentingan pendidikan jenis ini disedari apabila Laporan Murad (1973) dikemukakan. Walau bagaimanapun, sebelum laporan itu telah dikuatkuasakan peruntukan tambahan Akta pelajaran 1961, P.U. (A) 414 Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergaten Sekolah Asuhan) (Pendaftaran), 1972 bagi mengawal perkembangan penubuhan dan pengurusan pusat-pusat berkenaan. Kesedaran tentang ketidakseimbangan penyertaan serta faedah pendidikan prasekolah sebagai pendidikan imbuhan awal telah mendorong beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan kakitangan jabatan kerajaan giat menubuhkan pusat-pusat prasekolah dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an. Diantara agensi-agensi kerajaaan yang giat menubuhkan dan membangunkan pusat-pusat prasekolah serta program-program pendidikan berkenaan ialah FELDA, FELCRA, RISDA, KEMAS. Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, universiti-universiti, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Bandar dan Desa Sabah, Lembaga Letrik Negara dan Yayasan Sabah.


Rancangan Malaysia kelima (1986-1990) telah menyatakan bahawa satu kajian yang meliputi seluruh negara mengenai kedudukan pendidikan prasekolah dijalankan pada tahun 1981 dan telah disiapkan pada tahun 1984. Kajian tersebut adalah bertujuan untuk menyediakan maklumat kepada kerajaan mengenai kedudukan pendidikan prasekolah dan bagi membantu kerajaan menggubal garis panduan dasar mengenai pendidikan prasekolah yang meliputi antara lain pengawasan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru, pembentukan kurikulum dan peningkatan mutu pendidikan prasekolah. Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah telah berkembang dalam tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun yang mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171,000 pada tahun 1980 kepada 279,000pada tahun 1984. Dalam tempoh yang sama, terdapat sebanyak 5,657 pusat prasekolah berbanding dengan 2,974 pada tahun 1980. Sebanyak 4,487 atau 79 peratus daripada jumlah pusat-pusat ini yang kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira 149,850 kanak-kanak atau 54 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990).

Pada tahun 1989 terdapat 6,959 pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, 4,728 di bawah berbagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan-badan Berkanun seperti FELDA (Federal Land Development Authority), 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 di bawah organisasi sosial. Jumlah pendaftaran kanak-kanak dalam tahun 1989 adalah
33,520 meningkat daripada 196,992 pada tahun 1981 dan 300,850 pada tahun 1986. (Educational Statistics of Malaysia, 1980-85, 1986 dan 1989) (tidak diterbitkan).

Mengikut anggaran dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang dari jumlah kanak-kanak yang berumur 5+ tahun harus mendapat pendidikan prasekolah. Dari jumlah ini, dianggarkan seramai 269,450 orang kanak-kanak (53%) tidak mendapat kemudahan pendidikan tersebut.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1991). Keadaan ini mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan prasekolah ‘Annex’ untuk memberi kemudahan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar yang tidak mampu membayar yuran program pendidikan prasekolah yang dianggap mahal.


KESAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH TERHADAP PENCAPAIAN PELAJARAN KANAK-KANAK

Adalah perlu diberi perhatian bahawa kajian-kajian di negara-negara maju telah membuktikan bahawa kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah mempunyai kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan afektif kanak-kanak peringkat Gred I dan Gred II (Halim, 1989). Dari kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (United Nations International Children’s Emergency Fund) (1980-1984) didapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991).

Kajian di Malaysia juga mendapati kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah ada dari keluarga yang mempunyai latarbelakang sosio-ekonomi tinggi atau rendah memperolehi pencapaian yang tinggi semasa di darjah I dan darjah II (Halim, 1989). Kajian-kajian di atas menunjukkan betapa pentingnya pendidikan prasekolah sebagai asas kesinambungan pendidikan sekolah rendah. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah bagi perkembangan diri kanak-kanak dan bertambahnya pusat-pusat pendidikan prasekolah di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menggubal
Piagam (1994) tidak lupa memasukkan isu prasekolah. Piagam ini menyebut:-

a) Menyepadukan pendidikan prasekolah yang dikendalikan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain di bawah Kementerian Pendidikan.

b) Memastikan semua kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah.

c) Menyelaraskan dan memastikan kurikulum prasekolah di semua institusi prasekolah dilaksanakan. (Utusan Malaysia, 4 Januari 1994).


ISU KETIDAKSERAGAMAN KURIKULUM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI MALAYSIA

Satu fenomena yang paling ketara mengenai pendidikan peringkat prasekolah ini ialah terdapatnya berbagai agensi yang terlibat di dalam mengendalikannya. Sehingga kini terdapat kira-kira 31 buah agensi kerajaan, separa kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bebas yang menganjurkan pusat pendidikan prasekolah (Kementerian Pendidikan, 1984). Sehingga waktu ini pendidikan prasekolah ini makin berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi dan taraf hidup masyarakat. Setiap agensi penganjur mengendalikan pusat-pusat prasekolah secara berasingan tanpa sebarang kawalan daripada pihak yang berwajib. Kurikulum yang digunakan adalah berbeza dan di bentuk secara bebas oleh setiap agensi berkenaan untuk memenuhi kehendak dan matlamat masing-masing.

Sebagai satu usaha untuk menyelesaikan masalah ini, dalam tahun 1984, Kementerian Pendidikan telah menghasilkan sebuah ‘Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia’. Sebanyak lapan garis panduan untuk pendidikan prasekolah telah dibentuk dan garis panduan itu telah diperkemaskan lagi pada tahun 1986. Ini merupakan garis panduan untuk satu program tidak formal bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun. Garis panduan ini berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Secara ringkas garis panduan ini meliputi perkara-perkara seperti Pendidikan Ketatanegaraan, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Penggunaan Bahasa Malaysia, Pendidikan Agama Islam, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Sosio-Emosi, perkembangan kognitif dan perkembangan estetika dan daya kreatif.

Satu ulasan mengenai keadaan pendidikan prasekolah di Malaysia (New Straits Times, 22 Nov 1989:2) menunjukkan bahawa walaupun ada satu garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ketidakseragaman masih wujud. Ini adalah kerana 60% daripada tadika atau tabika yang ada di negara ini mempunyai kurikulum sendiri dan kaedah perlaksanaan yang berlainan. Kebanyakkannya terlalu memberatkan aspek tertentu seperti perkembangan aspek lain seperti kerohanian dan moral.

Menurut Zaharani Asran, (Utusan Malaysia, Nov. 1989), salah satu faktor yang menyebabkan penekanan yang tidak seimbang sewaktu melaksanakan kurikulum pendidikan awal adalah salah anggapan ibubapa tentang matlamat pendidikan prasekolah yang sebenarnya. Ramai ibubapa merungut kerana kanak-kanak belum pandai membaca, menulis dan mengira sedangkan mereka sudah dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Yang menjadi sasaran ibubapa ialah guru-guru tadika dan pihak pengurusan taman asuhan. Ibubapa akan mendesak agar anak-anak mereka diajar program 3M. Tanpa disedari mereka sebenarnya telah menimbulkan satu masalah yang menjadi kontroversi. Keperluan utama dalam rancangan pendidikan awal sekarang ini ialah menyediakan satu kurikulum yang sesuai, yang bercorak menyeluruh dan seimbang selaras dengan tujuan untuk melahirkan insan kamil.

Pengendalian pendidikan prasekolah oleh berbagai-bagai agensi yang berasingan ini telah menimbulkan beberapa masalah dan persoalan. Ini adalah kerana institusi-institusi tersebut mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan yang tersendiri dan berbeza-beza khasnya aspek penggunaan bahasa pengantar, penggunaan kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik guru, gaji guru dan yuran pelajar, penempatan tadika, pengurusan dan pentadbiran, kemudahan-kemudahan asas dan keutamaan-keutamaan yang ditekankan.

Antara isu-isu yang dapat di timbulkan dari pendidikan prasekolah adalah dari sudut:

1) Model Kurikulum

Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori, Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif.

2) Yuran

Kedudukan kewangan tadika swasta adalah kukuh disebabkan oleh yuran yang tinggi yang dikenakan kepada setiap kanak-kanak. Sebaliknya tadika yang dikelolakan oleh

3) Agensi-agensi kerajaan tidak begitu kukuh kedudukan kewangannya jika dibandingkan dengan tadika swasta. Sumber kewangan tadika/tabika agensi kerajaan adalah bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan tetapi jumlah itu sangat kecil. Bayaran untuk menghadiri tadika adalah berbeza-beza. Kanak-kanak dari keluarga yang kaya menghadiri tadika yang bayarannya lebih tinggi dari bayaran universiti dan kanak-kanak yang dari keluarga yang miskin akan menghadiri tadika yang bayarannya lebih murah atau kemungkinan tidak menghadiri tadika langsung. Ekoran dari ini, tadika yang mengenakan bayaran yang tinggi dapat pula memberi gaji yang lebih tinggi kepada guru-guru yang mempunyai latihan yang lebih baik. Ini tidak mungkin dilakukan oleh tadika-tadika yang mengenakan bayaran yang rendah, oleh itu guru-guru yang diambilnya tidak terlatih dan kedudukan mereka pula tidak tetap.Keadaan ini akan menjadikan tadika yang mengenakan bayaran tinggi itu lebih baik dan kanak-kanak yang menghadiri tadika tadi menerima pendidikan prasekolah yang lebih sempurna. Kesimpulannya ialah orang yang lebih baik kedudukan sosio-ekonominya akan mendapat pendidikan prasekolah yang lebih baik. Pembayaran yuran yang berbeza mencerminkan ketidak seimbangan antara kawasan dan agensi yang terlibat.

4) Kelayakan Akademik dan Ikhtisas Guru

Tenaga pengajar yang mengendalikan program latihan ini mempunyai kelulusan akademik dan ikhtisas yang berbeza-beza. Ada di antara agensi ini mempunyai tenaga pengajar yang berkelulusan ‘post graduate’ dalam pendidikan prasekolah. Manakala yang lain pula hanya mempunyai latihan asas berhubung dengan pendidikan prasekolah. Tidak ada koordinasi di antara agensi-agensi yang menjalankan latihan berhubung dengan kurikulum, taraf akademik tenaga pengajar dan jangka masa kursus yang dijalankan. Di samping itu hanya sejumlah kecil sahaja bakal-bakal guru tadika yang dapat diberi latihan sempurna kerana terhadnya bilangan pusat latihan dan bilangan tenaga pengajar yang berkelayakan.

5) Gaji guru

Memandangkan pendidikan prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi dan pertubuhan, maka terdapat perbezaan yang ketara dari segi bayaran gaji dan ganjaran untuk guru-guru prasekolah. Prasekolah yang mengenakan yuran yang mahal kepada kanak-kanak di bawah pengawasannya akan membayar gaji guru dengan jumlah yang lebih mahal berbanding dengan agensi prasekolah yang mengenakan yuran yang rendah. Pembayaran gaji guru juga adalah berpandukan kepada kelayakan akademik yang di miliki oleh guru berkenaan. Tidak ada pelarasan gaji di antara guru-guru yang mengajar. Secara amnya, guru-guru tadika agensi kerajaan atau separa kerajaan menerima gaji di antara RM 400 hingga RM600 manakala bagi guru-guru tadika swasta adalah sebanyak RM 700 dan kadangkala mencapai keempat angka.